Drama Fatimah Yassin

Mula mencipta nama sebagai pelakon dalam drama pentas 'Ribut' yang diadaptasi dari drama Cina, Thunderstorm pada tahun 1960-an.Dia menceburi bidang lakonan ketika berusia belasan tahun di Singapura. Pada tahun 1958 sebelum berlakon drama pentas , pelakon diwajibkan berlakon tablo iaitu kita berlakon tetapi dialog diucapkan oleh orang lain. Gerak bibir kita mesti selari dengan dialog yang diucapkan oleh pelakon lain di belakang pentas. Nampak macam senang, hakikatnya sangat susah. Ia saling tidak ubah seperti penyanyi miming ketika di pentas.

Drama pentas 'Ribut' bukan sahaja mencatat drama paling panjang yang pernah dipentaskan di Victoria Theatre Singapura iaitu selama empat jam, malah dipentaskan tanpa henti dan pernah dipentaskan di DBKL yang dibawa oleh MCA pada era yang sama.Ribut dilakonkan oleh Salim Bachik (bapa Harun Salim Bachik), Maniseh Haji Sirat, Zana Ismail, Atan Wahab dan Fatimah Yassin membawakan watak utama sebagai May Fan.


Fatimah telah berlakon lebih 100 drama di Radio Televisyen Singapura yang kebanyakannya diarahkan oleh Allahyarham Zain Mahmud.Fatimah Yassin pernah menjadi guru bahasa Melayu di Sekolah Convent of The Holy Infant Jesus, Singapura (1954 -1957). Waktu siang mengajar dan sebelah petang pula terpaksa mengikuti pengajian bahasa Melayu di Teacher's Training College untuk melengkapkan dirinya menjadi guru bahasa Melayu bertauliah. Waktu malam pula Fatimah berlatih berlakon teater bersama Persatuan Sriwana yang memang cukup popular di Singapura.

Ketika itu, pelakon memang tidak dibayar walau sesen kerana tujuan pementasan adalah untuk amal dan persatuan. Tetapi kami rasa seronok dapat menyumbangkan tenaga untuk persatuan walaupun upahnya hanya nasi bungkus dan makan sate di Beach Road.Kemudian dia nekad meninggalkan Singapura pada akhir tahun 1966 selepas mendirikan rumah tangga dengan suaminya.